Sunday, July 31, 2011

PUASA DI BULAN RAMADHAN......

Apa maksud PUASA ?

( Di tulis oleh bukan ustaz- masih banyak ruang yang boleh di pertikai..oh!)

Di satu hari, di akhir bulan sya’ban, Nabi Muhammad SAW telah bersabda tentang bulan ramadhan kepada para sahabat baginda.., Nabi mempunyai sahabat seramai 124 ribu orang lebih kurang,,,

Maka aku yang baru nak belajar ‘jejak rasul’ juga ingin bercerita tentang puasa pada sahabat sahabatku yang sudi baca blog aku di akhir sya’ban ini…,

Namun, Aku rasa tak perlu aku tulis detail tentang puasa kat sini.., korang semua dah tahu, cuma aku nak dedikasikan pesanan / tazkirah, dan ‘membebel macam mak nenek’ ini kepada seorang mualaf yang baru masuk islam bulan lepas… maka biarlah aku yang bukan ustaz .., sampaikan kat korang para mua’laf tentang PUASA secara ringkas dan pendek, jika korang nak detail, boleh pegi rukuk beserta sujud kat ustaz dan kitab…insyaAllah…

Jadi kepada Mu’alaf yang baru masuk islam beberapa hari yang lepas, atau yang belum pernah berpuasa lagi, atau baru masuk islam tahun ni.., atau sape sapelah, yang bakal mualaf pun boleh baca…! insyaAllah!!

Sebelum itu perlu aku bagitahu akan teknik untuk belajar ugama..(cam terer je kan..)

Jadi tentang puasa, marilah kita belajar lebih kurang dari aku yang bukan ustaz ini, insyaAllah…
Jadi wahai mualaf sekalian, kita pecah-kecilkan bab pengertian puasa ini kepada tiga bahagian..

iaitu
- APA MAKSUD PUASA?

- APA KELEBIHAN PUASA?

- BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

----------------------

BAB SATU:
APA MAKSUD PUASA?

Korang tahu apa maksud puasa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga…

Aku kata:
Tak puasapun boleh menahan lapar dan dahaga…, org sakit, org kerja kuat pun lapar dan dahaga gak…

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah tidak makan dan minum dari subuh hingglah maghrib..

Aku kata:
Itu bukan maksud, itu cara nak berpuasa, aku tanya maksud puasa…

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah mencari keredaan Allah..

Aku kata:
Memanglah mencari keredaan Allah, solat pun begitu jugak termasuklah ibadat lain, semuanya cari keredaan Allah..aku tanya maksud puasa ini, untuk apa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menghayati mangsa kebuluran dan kemiskinan

Aku kata:
Ada betul jugak jika kau cakap macam tu, tapi orang miskin pun kena puasa gak, dan orang miskin masih boleh bersetubuh dengan isteri, tapi puasa langsung tak boleh, apa maksud sebenarnya puasa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah memberi rehat kepada perut setelah penat setahun bekerja…, badan jadi sihat bla bla bla etc etc

Aku kata:
Oh, ye ke? Ibadat lain pun untuk kesihatan jugak…tak payahlah nak cerita pasal kesihatan.., ini bukan halaman klinik..

Mualaf kata:
Aku tak tahu apa yang kau nak bagitahu Hamka, aku baru 4 hari masuk islam.., cuba cerita sikit apakah maksud puasa…?

Aku kata:
he he he, maafkan aku, tak perasan pulak yang kau baru 4 hari masuk islam..
Biarlah aku cerita straight to the point…(saya perasan pandai dan bijak)

Maksud PUASA adalah...
Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..

Mualaf Tanya?: Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..?

Aku kata: Ya, membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Kerana itulah orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum, dan juga, puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat, yang mana:

  • Mata tak boleh tengok maksiat..
  • Telinga tak boleh dengar maksiat..
  • Mulut tak boleh cakap maksiat..
  • Otak tak boleh fikir maksiat..
  • Tangan tak boleh buat maksiat..
  • Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
  • hati tak boleh cinta maksiat..,

Pendek kata, kena 'puasa' segala galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca al-quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasa malaikat buat.

Sehinggakan bini atau isteri kita yang halal itu di haramkan bersetubuh pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh…!!!

Dan ada ulamak yang mengaharamkan kita pandang isteri kita yang halal itu dengan perasan ghairah, kerana untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu shahwat dan nafsu makan sangat-sangat perlu di tekan!!!..(di tundukkan)

Jadi maksud puasa adalah membawa sifat ketaatan ‘macam’ malaikat dalam diri..
Bukan nak jadi malaikat atau 'dewa' macam kepercayaan ugama lain, just nak membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri.., kerana malaikat adalah setaat-taat makhluk..

(tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA mengetahui, lalu Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…oh..)

BAB DUA: APA KELEBIHAN PUASA?

“Wahai korang semua, esok dah start puasa, siang korang memang wajib berpusa, tak puasa masuk neraka.. dan malam kena usaha sedaya upaya untuk solat tarawikh, lantaklah nak buat beberapa rakaat pun, yang penting kita buat supaya Allah suka kat kita..
Memang best bulan posa ni, sebab amalan sunnat di beri pahala macam amalan fardu.., dan amalan fardu di gandakan 70 kali ganda..

Bulan puasa juga di kenali dengan bulan ‘Sabar’ dah hadiah sabar adalah shurga, sebab tu korang kena sabar sampai jadi mayat, dah jadi mayat baru dapat shurga!!!
Lepas tu pulak, jika kita bagi org makan kat orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa org itu sedikitpun.., lantaklah nak bagi makan apa-apapun. biasa orang bagi kurmalah, murah dan senang di selenggarakan..

Bulan puasa juga di bahagi kepada tiga:
-10 hari pertama adalaj Rahmat.
-10 hari pertangahan adalah Keampunan..
-10 hari terakhir adalah kelepasan dari Api neraka!!!

Dan pada mereka yang jadi boss, jika pada bulan ini meringankan beban pekerjanya maka Allah selamatkan para boss itu dari api neraka..

(kepada boss aku, jika kau baca blog aku ni, bagilah kami semua balik awal..nak tolong bini masak…kami pun nak ringangkan beban isteri kami sebab kami kat rumah adalah boss jugak..big boss lagi, kan bos kan?(cam ade bini je kat umah...tp aku consider kat kekawan aku ni ha...kan kekawan), boss nak masuk shurga tak?jangan berkira sangat boss, api neraka panas tau!, bulan ni bagilah bonus raya 1002 bulan, 1000 bulan akan Allah bagi pada malam lailatul qadar, lagi 2 bulan boss bagilah sebelum raya, ok tak cadangan aku? kalau tak keberatan, promotelah aku dpt APC thn depan..Anugerah Penyebok Cemerlang,he he he..)


BAB TIGA: BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

Untuk pengetahuan korang, ada dua cara untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..iaitu:

-Berpuasa.
-Beriktiqaf dalam masjid.

Berbalik kepada iktikaf, memang satu suruhan Allah dan harapan Nabi sendiri agar seluruh Ummatnya yang lelaki agar pada bulan puasa ini memperbanyakkalah iktikaf…

Apa itu iktikaf?
Iktikaf adalah berada dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk menjalinkan hubungan hati dengan zat Allah, juga bermaksud menyisihkan diri dari dunia lalu memeberi tumpuan kepada perkara perkara yang menyukakan Allah., dan ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan!!!!

Berbalik kepada maksud untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..,maka bila beriktikaf dalam masjid lama lama bersama sama dengan malaikat, sifat ketaatan MALAIKAT akan datang dalam diri kita..,

Kita sedia maklum iaitu apabila beriktikaf di masjid, maka kita tak akan atau tak boleh buat sebarang perkara dunia seperti, mengumpat, berangan kosong, tengok TV, baca majalah hiburan/sukan bercakap dengan muhrim, bersetubuh ngan isteri, dan lain lain yang melalaikan,

DAN.., untuk dapat hakikat puasa,
Maka, kita Kena bawa sifat ketika iktikaf di mana sahaja sewaktu berpuasa, tak kiraler, di rumah ke, di pejabat ke, di ladang ke, dalam lif ke, di pusat beli belah ke, kena bawa sifat berkitikaf ini, ke mana sahaja korang berada, maka sifat ketaatan malaikat akan dating dalam diri korang dan aku!!! dan INILAH HAKIKAT PUASA!!!

Dan untuk menambahkan lagi hakikat berpuasa, kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad saw sendiri beriktikaf 30 hari penuh bulan ramadhan dan memerintahkan sahabat beriktikaf bersama baginda pada 10 hari terakhir ramadhan..

--Tambahan…
OK, bila tiba time nak bukak puasa pulak, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara.. sebab waktu nak berbukak puasa doa sangat makbul dan Nabi suruh doa DUA perkara ni..iaitu:

-Mintak masuk shurga!!!
-Mintak tak masuk Neraka!!!

Lepas tu masa berpuasa di siang hari, zikir yang paling baik adalah Kalimah Tauyibah dan istigfar..kena buat banyak banyak time puasa..

Aku ulangi:
-Perbanyakkan kalimah Toyyibah(dakwah)
-Perbanyakkan istigfar


Tapi ada satu perkara yang aku angin satu badan daa, yang berlaku pada bulan puasa.., lepas sahur pergi solat subuh, rasa seronot dan sejuk bijik mata bila tengok bilangan jemaah dah bertambah ramai,(saya perasan baik) rasa kiamat lambat lagi.., tapi bila pergi solat jemaah magrib, bilangan macam org solat subuh, kadang kadang takde orang!!, pada bulan-bulan sebelum puasa, inilah prime time untuk bilangan jemaah tertinggi, rupa rupanya diorang tukar shift sahaja.. YA Allah, ampunkan dosaku jika berburuk sangka…ampunkan aku..,

Baiklah aku berbaik sangka, korang semua dah sampai tahap kebulur yang menyebakan tak mampu lagi jalan kaki ke masjid untuk solat magrib berjemaah…kasihan kat aku dan korang..isk..isk…

Yang aku cerita tu kat tempat aku le ni, bukan kat tempat korang, aku tahu korang semua bagus bagus, sentiasa solat magrib berjemaah walaupun bulan posa!! Macm tu lah kawan, barulah jadi mat Islamic, Alhadulillah, lambat lagi nak kiamat rasanyar....tapi tak lama lagi akan jadi mayat!!

Ps: Beruntunglah orang yang bertakwa menjadi mayat pada bulan puasa…, dan menderitalah orang yang berlalu bulan ramdhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa..isk..isk..

(Ya Allah, tolonglah kami…)

de bakat tak aku bg tazkirah macam ni..per sok 1sday pose..dah la aku kene bg tazkirah lak time solat zohor..adoiiii.....klu stakat nk tulis memang berapi..klu bab nk bercakap ni adoiii...amik MC la sok..muahahah..

pe2 hal doakan yang terbaik..moga kita smua dapat keberkatan di bulan puasa ini..

aminn..

No comments: